awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji semula pelaksanaan cukai karbon di tengah-tengah tekanan geopolitik - Arthur
16 cedera, bekas pelajar lepas lepas tembakan di sekolah di Turki
Suspek serang kediaman CEO OpenAI didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan

Bernama
Bernama
08/02/2025
23:40 MYT
China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan
Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga, serta merekodkan butiran individu yang menemani mereka. - Gambar hiasan
BEIJING: BEIJING, 8 Feb (Bernama-Xinhua) - Pihak berkuasa keselamatan awam China memperketatkan keperluan daftar masuk hotel bagi kanak-kanak dalam usaha memastikan keselamatan mereka, menurut Kementerian Keselamatan Awam pada Sabtu, lapor Xinhua.
Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga, serta merekodkan butiran individu yang menemani mereka bagi mencegah jenayah seperti pemerdagangan kanak-kanak.
Pada 2024, hotel di seluruh negara melaporkan lebih 42 juta daftar masuk kanak-kanak, sementara pihak berkuasa keselamatan awam menjalankan 522,000 pemeriksaan terhadap aktiviti yang mencurigakan, menurut kementerian itu.
Kementerian turut mengeluarkan beberapa kes contoh berkaitan pemeriksaan maklumat kanak-kanak di kaunter hotel. Dalam satu kejadian pada September 2024 di Wilayah Heilongjiang, timur laut China, tiga individu dewasa cuba mendaftar masuk bersama seorang bayi tetapi gagal mengemukakan dokumen pengenalan sah bagi kanak-kanak itu.
Kakitangan hotel segera melaporkan insiden itu kepada polis, yang kemudian mendapati bayi berkenaan telah dilarikan. Hasilnya, kes pemerdagangan kanak-kanak berjaya diselesaikan.
Dalam satu lagi kes pada Jun 2024 di sebuah hotel di Shanghai, dua kanak-kanak lelaki enggan memberikan maklumat penjaga mereka. Pihak hotel segera menghubungi polis, yang kemudian mendapati mereka telah melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan ibu bapa. Pihak berkuasa memastikan mereka kembali dengan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#daftar masuk
#hotel
#tingkat keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan