awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China serang kapal Filipina, tingkatkan ketegangan dengan AS

Agencies
Agencies
11/08/2023
02:00 MYT
China serang kapal Filipina, tingkatkan ketegangan dengan AS
Pertikaian wilayah di Laut China Selatan melibatkan China dan Filipina kembali memuncak dan berisiko menimbulkan konflik antara China dan Amerika Syarikat, selepas dua kapal Beijing menggunakan meriam air terhadap bot Filipina. - Gambar REUTERS
MANILA: Pertikaian wilayah di Laut China Selatan melibatkan China dan Filipina kembali memuncak dan berisiko menimbulkan konflik antara China dan Amerika Syarikat (AS), selepas dua kapal Beijing menggunakan meriam air terhadap bot Filipina.
Kerisauan global semakin ketara apabila aktiviti perkapalan China aktif mengembang dan memodenkan ketenteraannya serta menunjukkan sikap agresif tentang tuntutannya ke atas Laut China Selatan dan Taiwan.
Memetik laporan The Guardian, latihan ketenteraan bersama Rusia – yang menyaksikan sebuah flotila dilayarkan berdekatan Alaska minggu ini juga membayangkan koordinasi ketenteraan antara Beijing dan Moscow.
Pada Sabtu, kapal pengawal China telah menggunakan meriam air ke atas kapal Filipina, yang sedang dalam perjalanan ke Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, yang turut dituntut Beijing.
China pernah membuat serangan yang sama kepada kru Filipina pada November 2021.
Kapal pengawal Filipina mendakwa, kru kapal China telah melakukan pergerakan yang merbahaya dan melanggar undang-undang, menyebabkan Manila telah melancar nota bantahan diplomatik.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Filipina berkata, mereka gagal mendapat maklumbalas dari wakil Beijing sewaktu kejadian itu berlaku.
Beijing, bagaimanapun menegaskan, kapal pengawalnya adalah professional dan terlatih serta bertindak dalam batas undang-undang bagi menghentikan dua kapal Filipina tersebut yang didakwa melanggar kedaulatan China.
Di bawah pentadbiran Bongbong Marcus yang mengambil alih jawatan Presiden daripada Rodrigo Duterte pada Jun 2022, Filipina telah mengukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS), khususnya untuk menghalang tuntutan China.
Topic Berkaitan
#tuntutan China
#Laut China Selatan
#Filipina
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan