awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China tawar pengecualian visa kepada 47 negara

Bernama
Bernama
09/06/2025
08:23 MYT
China tawar pengecualian visa kepada 47 negara
Dasar berkaitan perjalanan masuk ke negara China akan terus dioptimumkan dengan kemudahan pengecualian visa yang ditawarkan kepada lebih banyak negara. - Gambar hiasan/Adibe Stock
BEIJING: China melaksanakan dasar pengecualian visa secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrain mulai hari ini.
Dalam tempoh 9 Jun 2025 hingga 8 Jun 2026, pemegang pasport biasa dari empat negara terbabit boleh memasuki China tanpa visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan serta transit tidak melebihi 30 hari.
Menerusi pengumuman itu, bilangan negara yang menikmati dasar pengecualian visa sepihak ditawarkan kerajaan China meningkat kepada 47.
Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar berkata dasar berkaitan perjalanan masuk ke negara China akan terus dioptimumkan dengan kemudahan pengecualian visa yang ditawarkan kepada lebih banyak negara.
Dasar berkenaan akan menarik kedatangan lebih ramai pengunjung asing untuk menikmati pengalaman berbelanja pelbagai produk yang berkualiti serta jaminan perkhidmatan yang lebih cekap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#pengecualian visa
#pemegang pasport biasa
#Arab Saudi
#Oman
#Kuwait
#Bahrain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan