awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 : 618 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 12,693

Bernama
Bernama
25/04/2020
10:50 MYT
COVID-19 : 618 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan 12,693
Ia adalah hari kedua berurut-turut jumlah kes harian jatuh di bawah paras 1,000 kes.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 618 kes baharu jangkitan COVID-19 setakat tengah hari Sabtu, menjadikan jumlah kes keseluruhan 12,693.
Ia adalah hari kedua berurut-turut jumlah kes harian jatuh di bawah paras 1,000 kes dengan 897 kes baharu dilaporkan semalam manakala bilangan tertinggi kes harian iaitu 1,426 dicatatkan, Isnin lalu.
Menurut perangkaan awal MOH, majoriti kes baharu itu melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama sementara tujuh kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap.
MOH, dalam kenyataan, berkata seramai 956 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital atau fasiliti pengasingan komuniti, 24 dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 12 pesakit meninggal dunia.
Setakat semalam, MOH telah menutup sebuah kluster PCF Sparkletots Preschool di Bedok North selepas tiada kes dikaitkan dalam dua tempoh inkubasi tamat.
Singapura telah mengenal pasti enam lagi kluster baharu yang majoritinya asrama pekerja asing dan kluster terbesar, S11 Dormitory@Punggol setakat ini mencatatkan 2,263 kes. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#pekerja asing
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan