awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Singapura percepat JS-SEZ, teroka CCUS - Akmal Nasrullah

Bernama
Bernama
15/04/2026
13:18 MYT
Malaysia, Singapura percepat JS-SEZ, teroka CCUS - Akmal Nasrullah
Akmal Nasrullah berkata Singapura kekal sebagai rakan dagang terpenting Malaysia di ASEAN, dengan jumlah perdagangan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025 meningkat kepada RM339.39 bilion. - Facebook Akmal Nasir
Malaysia dan Singapura akan terus mempercepat pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk meneroka kerjasama dalam teknologi hijau seperti Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi Singapura Tan See Leng, di Kementerian Ekonomi, hari ini.
“Sudah pasti kami berbincang untuk terus mempercepat kerjasama JS-SEZ, iaitu inisiatif utama rentas wilayah Kementerian Ekonomi yang berpotensi menjadi “game changer” dalam meningkatkan kompleksiti ekonomi kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Akmal Nasrullah berkata Singapura kekal sebagai rakan dagang terpenting Malaysia di ASEAN, dengan jumlah perdagangan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025 meningkat kepada RM339.39 bilion.
“Singapura bukan sekadar negara jiran, malah rakan dagang terpenting kita di ASEAN. Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025 sahaja, jumlah perdagangan dua hala telah meningkat kepada RM339.39 bilion, satu angka yang signifikan terhadap potensi ekonomi yang dijana,” katanya.
Beliau berkata sehingga Jun 2025, pelaburan dari Singapura telah mewujudkan lebih 429,000 peluang pekerjaan di Malaysia.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan secara mendalam potensi kerjasama dalam teknologi hijau menerusi CCUS, selain persediaan Malaysia dan Singapura untuk mendepani cabaran tenaga global susulan ketegangan di Asia Barat.
“Saya percaya melalui kerjasama yang jujur dan strategik, kedua-dua negara akan terus meraih manfaat yang saling menguntungkan.
“Yang paling penting ialah bagaimana pelaburan bernilai berbilion ringgit ini dapat diterjemahkan kepada peluang ekonomi dan kerjaya yang lebih baik untuk anak muda kita, khususnya di Johor Bahru dan Malaysia secara amnya,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akmal nasrullah
#JS-SEZ
#Singapura
#CCUS
#teknologi hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan