awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: California guna kaedah undi pos bagi pemilihan presiden Amerika Syarikat

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2020
04:28 MYT
COVID-19: California guna kaedah undi pos  bagi pemilihan presiden Amerika Syarikat
Newsom berkata, e-mel itu tidak akan menggantikan pusat pengundian fizikal. - AP/Rich Pedroncelli
Gabenor California, Amerika Syarikat, Gavin Newsom mengesahkan telah menandatangani arahan eksekutif agar kesemua pengundi berdaftar di California diberikan pilihan mengundi secara pos untuk pilihan raya presiden pada November depan.
Newsom dalam taklimat koronavirus hariannya pada Jumaat berkata, undian pos itu bagaimanapun tidak akan menggantikan pusat pengundian fizikal yang tetap diteruskan bagi mereka yang memilih pengundian secara biasa.
Ketika ini Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha membangunkan tempat yang selamat untuk pengundi membuang undi.
Setiausaha Negeri California, Alex Padilla berkata, negeri itu merupakan yang pertama menghantar surat pengundian menggunakan pos kepada pemilih disebabkan kebimbangan tentang kesan COVID-19.
Tambahnya, kaedah undian itu lebih selamat dengan surat undian pos yang akan mereka terima akan dikepilkan sekali dengan sampul prabayar kiriman semula untuk dipulangkan selepas mengundi.
Langkah itu dilihat yang terbaik untuk kesihatan awam dan memastikan hak memilih pengundi dalam pemilihan November ini yang dikatakan akan menjadi pilihan raya presiden yang sangat sengit.
Topic Berkaitan
#AS
#California
#coronavirus
#COVID-19
#Gavin Newsom
#mengundi
#pemilihan
#pilihan raya
#presiden
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan