awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AS catat rekod baharu, lebih 132,000 kes kemasukan ke hospital

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2022
22:56 MYT
COVID-19: AS catat rekod baharu, lebih 132,000 kes kemasukan ke hospital
Situasi di sebuah pusat vaksinasi pandu lalu di Puyallup, Washington, 4 Jan, 2022. (Foto AP)
KADAR kemasukan ke hospital akibat COVID-19 di amerika syarikat mencatat rekod baharu pada Isnin.
Peningkatan itu disumbangkan penularan varian Omicron yang mudah menular di beberapa negeri.
Setakat Isnin, 132,646 individu menerima rawatan di hospital, melepasi rekod 132,051 individu bagi tempoh sama tahun lalu.
Kadar kemasukan ke hospital meningkat secara konsisten sejak Dis 2021 dan meningkat dua kali ganda sejak tiga minggu lalu.
Ini susulan penularan varian Omicron yang kini menjadi varian dominan.
Antara negeri yang mencatat kes varian Omicron tinggi termasuk Ohio, Pennsylvania, Puerto Rico, Virginia, Washington DC.
Biarpun ia hanya menyebabkan simpton ringan, pakar kesihatan memberi amaran, jangkitan akibat varian itu berpotensi melumpuhkan sistem hospital.
Sementara itu, purata jangkitan baharu untuk tujuh hari, meningkat dalam tempoh 10 hari kepada 704,000.
Amerika juga mencatat purata setengah juta kes untuk enam hari berturut-turut.
Washington DC pula mendahului kadar jangkitan sejak minggu lalu berdasarkan jumlah populasi, diikuti Rhode Island, New York dan New Jersey.
Purata kematian pula sekitar 1,700 sehari.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#varian omicron
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan