awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 di Indonesia: Angka tertinggi dengan lebih 34,000 kes baharu, 1,040 meninggal dunia

Agensi
Agensi
07/07/2021
09:19 MYT
COVID-19 di Indonesia: Angka tertinggi dengan lebih 34,000 kes baharu, 1,040 meninggal dunia
Angka terkini itu menjadikan jumlah pesakit COVID-19 di Indonesia secara keseluruhannya berjumlah 2,379,397 orang, sejak kes pertama pada 2 Mac 2020. - Bernama
JAKARTA: Indonesia mencatatkan kes jangkitan baharu COVID-19 tertinggi hari ini sepanjang tempoh pandemik melanda republik itu apabila sebanyak 34,379 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
Media tempatan yang memetik Satuan Tugas (Satgas) Penanganan COVID-19 pada Rabu melaporkan, angka terkini itu menjadikan jumlah pesakit COVID-19 di Indonesia secara keseluruhannya berjumlah 2,379,397 orang, sejak kes pertama pada 2 Mac 2020.
Data tersebut juga menunjukkan tambahan seramai 1,040 pesakit COVID-19 yang meninggal dunia, juga merupakan jumlah tertinggi sepanjang Indonesia melawan pandemik.
Setakat ini, Indonesia mencatat sejumlah 62,908 orang yang maut akibat virus berkenaan.
Sementara itu, jumlah pesakit yang sembuh adalah sebanyak 14,835 orang, menjadikan jumlah akumulatifnya 1,973,388 orang.
Kes COVID-19 di negara itu sudah dikesan di 510 daerah dan kota di 34 provinsi yang ada di Indonesia. Ini berarti penularan koronavirus sudah terjadi di lebih 99 peratus wilayah Indonesia.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#COVID-19
#jangkitan
#penularan
#kes baharu
#lonjakan kes
#kesihatan
#protokol kesihatan
#Jakarta
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan