awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Malaysia, Brunei perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Facebook padam ratusan akaun didakwa terlibat kempen antivaksin

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2021
00:15 MYT
COVID-19: Facebook padam ratusan akaun didakwa terlibat kempen antivaksin
Facebook memadam ratusan akaun yang didakwa terlibat dalam kempen antivaksin yang dikendalikan Rusia. -Gambar hiasan
FACEBOOK memadam ratusan akaun yang didakwa terlibat dalam kempen antivaksin yang dikendalikan Rusia.
Gergasi media sosial itu mendakwa rangkaian akaun itu menyasarkan India, Amerika Latin serta Amerika Syarikat.
Katanya, kempen itu berusaha untuk merekrut individu berpengaruh atau 'influencer' untuk menyebarkan berita palsu dengan misi untuk menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap vaksin COVID-19.
Dalam laporan terbaharunya, Facebook mengenal pasti terdapat hubungan antara rangkaian dan kempen itu dengan agensi pemasaran Fazze.
Agensi itu dilaporkan sebahagian daripada syarikat yang berpangkalan di Rusia bernama Adnow.
Lapor BBC melalui penyiasatannya, pada Mei tahun ini, influencer ditawarkan sejumlah wang oleh Fazze untuk menyebarkan dakwaan palsu mengenai risiko yang berkaitan dengan vaksin Pfizer.
Jelas Facebook, ia adalah gelombang kedua percubaan untuk memburukkan vaksin dari Barat.
Pada November, rangkaian yang sama berusaha untuk memburukkan vaksin AstraZeneca dengan mendakwa ia berbahaya kerana menggunakan adenovirus daripada sampel haiwan.
Topic Berkaitan
#Pfizer
#vaksin
#berita palsu
#COVID-19
#Facebook
#India
#media sosial
#antivaksin
#AstraZeneca
#Amerika Syarikat
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan