awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital Utah alami tekanan dengan lonjakan kes baharu

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2020
22:30 MYT
COVID-19: Hospital Utah alami tekanan dengan lonjakan kes baharu
Gary Herbert berkata Utah kini berada dalam keadaan maksimum dari segi kemampuan hospital menerima pesakit COVID-19. -REUTERS
SALT LAKE CITY:Utah, sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS), merekodkan kes baharu harian COVID-19 sebanyak hampir 4,000 kes.
Perkembangan itu sekali gus memberi tekanan tinggi kepada petugas hospital di negeri berkenaan.
Pada Khamis, Utah merekodkan 3,919 kes baharu iaitu lonjakan tertinggi dalam seminggu, yang sebelum ini mencatat purata 2,738 kes.
Gabenor Utah, Gary Herbert berkata negeri itu kini berada dalam keadaan maksimum dari segi kemampuan hospital menerima pesakit COVID-19.
"Bila-bila masa kita mempunyai lebih dari 400 pesakit di hospital dengan COVID-19 dan itulah penanda aras yang menyebabkan kita bimbang.
“Kita mempunyai sekitar 468 pesakit di sana hari ini. Oleh itu, kita berada di dalam tekanan besar dan bersedia untuk mengalami beberapa kesan serius kerana cabaran itu," katanya.
Berpuluh-puluh kakitangan perubatan dari negeri lain kini mula ditempatkan di Utah untuk memberi sokongan kepada sistem kesihatan negeri itu.
Dalam menghadapi lonjakan baharu kes COVID-19, Utah buat pertama kalinya melaksanakan mandat pemakaian pelitup muka di seluruh negeri.
Sebelum ini, Gabenor Republikan, Herbert tidak melaksanakan mandat pemakaian pelitup muka walaupun beberapa bulan negeri itu menghadapi lonjakan kes baharu.
Sehingga kini, selain Utah, 30 negeri lain di Amerika Syarikat (AS) melaksanakan mandat berkenaan.
Topic Berkaitan
#Utah
#kes baharu harian
#COVID-19
#gary herbert
#Amerika Syarikat
#pelitup muka
#lonjakan tertinggi dalam seminggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan