awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia catat kes kematian harian tertinggi baharu, lepasi angka 300

Bernama
Bernama
12/01/2021
11:14 MYT
COVID-19: Indonesia catat kes kematian harian tertinggi baharu, lepasi angka 300
Indonesia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat virus COVID-19, selepas merekodkan 302 kematian dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA:Indonesia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat virus COVID-19, selepas merekodkan 302 kematian dalam tempoh 24 jam.
Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 24,645 orang.
Provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian jangkitan itu selepas merekodkan 6,576 kematian keseluruhan, dengan 65 lagi kematian bagi tempoh 24 jam.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, Indonesia mencatatkan 10,047 lagi kes positif baharu, menjadikan kes positif di republik itu kini meningkat kepada 846,745 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kes kematian
#tertinggi
#COVID-19
#BNPB
#Jawa Timur
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan