awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Iran dakwa temui kit ujian paling tepat

Agensi
Agensi
11/04/2020
22:53 MYT
COVID-19: Iran dakwa temui kit ujian paling tepat
Menurut Naib Presiden Sains dan Teknologi Iran, Sourena Sattari, ia dibangunkan hasil daripada ujian saringan berasaskan serologi walaupun diuji kepada pesakit tanpa gejala. - Reuters
IRAN memulakan pengeluaran besar-besaran kit pemeriksaan yang didakwa dapat mengesan sama ada seseorang itu pernah terdedah kepada koronavirus atau menghidap COVID-19 dan pulih.
Menurut Naib Presiden Sains dan Teknologi Iran, Sourena Sattari, ia dibangunkan hasil daripada ujian saringan berasaskan serologi walaupun diuji kepada pesakit tanpa gejala.
Jelas Sattari, enam buah syarikat Iran sudahpun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan mereka kini boleh menghasilkan dua juta kit setiap minggu.
“Kita mempunyai dua jenis kit ujian. Satu daripadanya ialah berasaskan kit ujian serologi yang mampu diagnosis pesakit yang telah dijangkiti walaupun tiada sebarang simptom.
“Kita juga mempunyai kit ujian kedua dan kita telah mulakan pengeluarannya tiga minggu lalu. Kita sedang mengeluarkan 100,000 kit ujian ini seminggu dan ia telah pun berada di pasaran,” jelas Sattari lagi.
Iran juga memulakan pengeluaran besar-besaran alat ujian berasaskan rantai polimerase (polymerase chain reaction atau PCR) beberapa minggu yang lalu dan kini sudah berada di pasaran.
Ujian serologi berasaskan darah mampu mengenal pasti pesakit yang telah terdedah kepada koronavirus dengan melihat tindak balas imun mereka.
Sementara itu, Iran mencatatkan 125 kematian baharu pada Sabtu menjadikan angka korban akibat COVID-19 meningkat kepada 4,357 kes. Selaian itu negara terbabit turut melaporkan 70,000 kes positif dan pihak berkuasa memaklumkan lebih daripada 40,000 telah pulih.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gejala
#Iran
#kematian
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#kit pemeriksaan
#koronavirus
#pasaran
#polimerase
#serologi
#Simptom
#Sourena Sattari
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan