awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Itali wajibkan guru miliki sijil kesihatan digital

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2021
23:13 MYT
COVID-19: Itali wajibkan guru miliki sijil kesihatan digital
Setakat 4 Ogos, kira-kira 65% rakyat Itali telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin, di mana 54% daripadanya diberi vaksin sepenuhnya. - Gambar fail REUTERS
ITALI pada Khamis mewajibkan supaya guru-guru lengkap divaksin sebelum dibenarkan kembali mengajar secara bersemuka di sekolah.
Negara itu turut mewajibkan 'pas hijau' (green pass) bagi orang ramai yang mahu menaiki kereta api, kapal terbang, kapal serta komuter.
Pas hijau ialah sijil digital yang membuktikan seseorang individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, diuji negatif atau pulih daripada koronavirus.
Penggunaan sijil tersebut juga akan diwajibkan di kedai makan dan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti riadah mulai 6 Ogos.
Walaupun terdapat keraguan dalam kalangan kerajaan memerintah dan timbul protes jalanan yang membantah, kabinet Mario Draghi tetap memperluaskan syarat pas itu kepada semua guru, pelajar universiti dan pengangkutan jarak jauh mulai 1 September.
"Pilihan kerajaan adalah untuk melabur sebanyak mungkin dalam pas hijau ini bagi mengelakkan penutupan dan melindungi kebebasan," kata Menteri Kesihatan Roberto Speranza.
Guru-guru tidak dibenarkan bekerja jika tidak memiliki pas hijau dan jika tidak hadir bekerja selama lima hari, mereka tidak akan dibayar gaji.
Itali mengikuti jejak Perancis, negara Eropah pertama yang mewajibkan bukti imunisasi untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dan tempat.
Itali melaporkan 27 kematian berkaitan koronavirus pada Khamis sementara jumlah jangkitan harian baharu meningkat kepada 7,230 daripada 6,596.
Setakat 4 Ogos, kira-kira 65% rakyat Itali telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin, di mana 54% daripadanya diberi vaksin sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#Itali
#vaksin
#suntikan
#sekolah
#pelajar
#guru
#koronavirus
#Britain
#Emmanuel Macron
#Joe Biden
#pas hijau
#sijil digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan