awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jepun sahkan kematian pertama

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2020
21:55 MYT
COVID-19: Jepun sahkan kematian pertama
Jepun mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan COVID-19 di negara itu. -Gambar fail
Jepun mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan COVID-19 di negara itu.
Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato berkata mangsa merupakan wanita berusia 80-an yang telah dirawat di hospital sejak 1 Februari.
Mangsa pada awalnya didiagnosis menghidap pneumonia namun disahkan menghidap COVID-19 setelah kematiannya.
Pihak berkuasa kesihatan kini menyiasat bagaimana mangsa mendapat virus tersebut, termasuk jangkitan antara manusia.
Mangsa dilaporkan tiada rekod pernah mengunjungi Wuhan atau kontak dengan pengunjung China.
Namun, media tempatan mendakwa wanita itu, seorang penduduk wilayah Kanagawa dekat Tokyo, dipercayai ibu mentua kepada pemandu teksi yang baru saja disahkan menghidap jangkitan itu.
Setakat ini, Jepun mengesahkan 247 jangkitan termasuk 218 kes dari sebuah kapal persiaran yang kini dikuarantin di pelabuhan di Yokohama.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan antara manusia
#Kanagawa
#kapal persiaran
#kematian pertama
#koronavirus
#pneumonia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan