awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jerman rekod kes harian tertinggi baharu, dengan 39,676 kes

Bernama
Bernama
10/11/2021
09:57 MYT
COVID-19: Jerman rekod kes harian tertinggi baharu, dengan 39,676 kes
Kes baharu meningkat mendadak sejak beberapa minggu kebelakangan ini di wilayah timur Saxony dan Thuringia, wilayah yang kadar vaksinasi paling rendah berbanding 16 lagi negeri persekutuan. - AP
BERLIN: Jerman pada Rabu merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi baharu sejak pandemik bermula tahun lepas mendorong pihak berkuasa mempertimbangkan langkah pencegahan lebih ketat.
Menurut Institut Robert Koch (RKI) sepanjang 24 jam lalu sebanyak 39,676 kes baharu COVID-19 dilaporkan dan 236 kematian, lapor Agensi Anadolu.
Kes aktif meningkat kepada 331,200, tertinggi pernah dicatatkan sejak gelombang keempat melanda.
Kes baharu meningkat mendadak sejak beberapa minggu kebelakangan ini di wilayah timur Saxony dan Thuringia, wilayah yang kadar vaksinasi paling rendah berbanding 16 lagi negeri persekutuan.
RKI pada minggu lalu memberi amaran bahawa jangkitan COVID-19 mungkin meningkat di Jerman memandangkan sebilangan besar penduduk belum diberikan suntikan vaksin COVID-19.
Setakat ini, 55.9 juta orang atau 67.2 peratus penduduk di Jerman telah lengkap divaksinasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jerman
#gelombang keempat
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan