awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah kanak-kanak dimasukkan ke wad meningkat di Itali

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2022
01:40 MYT
COVID-19: Jumlah kanak-kanak dimasukkan ke wad meningkat di Itali
Barisan ambulans kelihatan di luar Hospital Kanak-kanak Bambino Gesu di Rom, 11 Jan 2022. (Foto AP)
JUMLAH kanak-kanak yang dirawat di hospital akibat COVID-19 meningkat tiga kali ganda di Itali.
Sejak Disember lalu, jumlah itu direkodkan di wad Hospital Kanak-kanak Bambino Gesu di Rom, pusat pediatrik terbesar di Itali.
Namun, kebanyakan kes yang direkodkan menunjukkan simptom ringan.
Pada awal Disember 2021, purata kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital direkodkan antara 17 dan 20 orang pesakit.
Namun, sejak awal bulan ini, ia meningkat sehingga 61 orang pesakit.
Menurut Pengarah Wad Pediatrik tersebut, Alberto Villani, pihaknya percaya peningkatan tersebut disebabkan peningkatan kes dalam kalangan populasi rakyat negara itu.
"Di hospital ini, kami pada asalnya menyediakan 20 katil khas untuk pesakit COVID-19, ini yang ditetapkan untuk Rom oleh wilayah Lazio.
"Hari ini, kami perlu terdapat 61 pesakit kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dan lima daripada mereka berada di unit rawatan rapi (ICU).
"Jadi, kita telah melepasi kadar yang ditetapkan. Namun kami masih boleh menampung angka ini memandangkan kami masih boleh menambah jumlah katil," kata Villani.
Malah, jelasnya, vaksinasi membantu kanak-kanak termasuk orang dewasa untuk menangani penularan virus ini daripada terus mengalami simptom yang lebih serius.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak dirawat di hospital
#COVID-19
#Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan