awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan hospital turun 15 peratus di AS

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2021
23:24 MYT
COVID-19: Kes mingguan, kemasukan hospital turun 15 peratus di AS
Kes COVID-19 mingguan dan kemasukan ke hospital di Amerika Syarikat menurun sebanyak 15 peratus berbanding sebelumnya. -Gambar fail
WASHINGTON: Kes COVID-19 mingguan dan kemasukan ke hospital di Amerika Syarikat menurun sebanyak 15 peratus berbanding sebelumnya.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Dr Rochelle Walensky, pada Jumaat.
Katanya, Amerika Syarikat mempunyai purata 106,400 kes COVID-19 setiap hari, 8,300 kemasukan ke hospital dan 1,476 kematian dalam tempoh seminggu lalu.
Sementara itu, Penyelaras Tindak Balas Koronavirus White House, Jeff Zients berkata, Amerika Syarikat berada di landasan tepat untuk menggandakan jumlah ujian saringan pantas di pasaran.
Pada masa sama, pegawai kesihatan mengalu-alukan berita mengenai perkembangan pil Merck yang dapat mengurangkan risiko kematian dan kemasukan ke hospital akibat wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#kemasukan hospital
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan