awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh

Astro AWANI
Astro AWANI
12/04/2026
00:04 MYT
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif bertemu Naib Presiden AS, JD Vance. - Foto REUTERS
Pakistan telah mengerahkan jet pejuang ke Arab Saudi, satu langkah ketenteraan terbuka pertamanya di bawah perjanjian pertahanan bersama kedua-dua negara, ketika Islamabad menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Kementerian Pertahanan Arab Saudi memaklumkan beberapa pesawat, termasuk jet pejuang dan pesawat sokongan Pakistan, mendarat di Pangkalan Udara Raja Abdulaziz di Wilayah Timur Saudi pada Sabtu.
Penghantaran itu dibuat di bawah perjanjian pertahanan kolektif yang dimeterai pada September 2025, yang menetapkan sebarang serangan terhadap salah satu negara akan dianggap sebagai serangan terhadap kedua-duanya.
Perjanjian itu ditandatangani semasa lawatan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif ke Riyadh tahun lalu.
Langkah tersebut berlaku ketika Pakistan menjadi perantara rundingan langsung antara AS dan Iran di Islamabad, dalam usaha menamatkan konflik serantau melibatkan AS, Israel dan Iran yang telah berlarutan selama beberapa minggu.
Sejak Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas sasaran yang didakwa berkaitan AS di negara-negara Teluk, Pakistan berdepan cabaran menyeimbangkan hubungannya dengan Tehran dan komitmen keselamatan terhadap Riyadh.
Menteri Luar Ishaq Dar berkata beliau telah memberi jaminan kepada Iran bahawa wilayah Arab Saudi tidak akan digunakan untuk menyerang Tehran, walaupun serangan Iran ke atas sasaran di Saudi dilaporkan berterusan.
Ketua Tentera Darat Pakistan, Field Marshal Asim Munir, sebelum ini mengadakan perbincangan di Riyadh mengenai langkah mengekang serangan tersebut, sementara Sharif sekali lagi menegaskan sokongan penuh Pakistan kepada kerajaan Saudi.
Penganalisis keselamatan menyifatkan langkah itu sebagai isyarat politik, bukan peningkatan ketenteraan.
“Ia menunjukkan komitmen Pakistan kepada Arab Saudi, sambil menghantar mesej kepada Iran supaya lebih fleksibel dalam rundingan,” kata penganalisis Imtiaz Gul.
Namun, pemerhati lain memberi amaran bahawa langkah itu berisiko, dengan menyatakan ia boleh dilihat sebagai isyarat Pakistan semakin cenderung kepada Riyadh sekiranya konflik kembali memuncak.
Arab Saudi merupakan destinasi utama pekerja Pakistan di luar negara dan penyokong kewangan penting kepada ekonomi Pakistan.
Topic Berkaitan
#jet pejuang
#Pakistan
#Arab Saudi
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan