awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 154.61 juta, korban 3.23 juta

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2021
21:50 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 154.61 juta, korban 3.23 juta
Berdasarkan data Johns Hopkins University, India merekodkan jumlah kematian lebih 226,188 kes. - REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 154.61 juta kes.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.54 juta kes.
Ini diikuti India dengan 20.65 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.85 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis sementara Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta.
Sepanyol dan Jerman pula mencatat lebih 3 juta sementara Argentina, Colombia, Poland, Iran, Mexico dan Ukraine pula mencatat lebih 2 juta kes.
Peru, Indonesia, Czechia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, Iraq, Romania dan Filipina pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Belgium, Sweden, Hungary, Bangladesh, Jordan, Serbia, Switzerland, Austria, Maghribi, Jepun, Lebanon, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Panama, Slovakia dan Malaysia.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 3.23 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 579,125 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 411,588 kes, India lebih 226,188, Mexico lebih 217,740 sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Indonesia, Ukraine dan Turki.
Selain itu, Czechia, Kanada dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#kes positif
#jumlah kematian
#Mexico
#Arab Saudi
#Argentina
#Belanda
#Amerika Syarikat
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan