awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 176 juta, korban 3.8 juta

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2021
20:54 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 176 juta, korban 3.8 juta
Petugas kesihatan menguruskan jenazah pesakit COVID-19 di tanah perkuburan Padurenan, Bekasi yang dibuka khas untuk kes kematian berkaitan virus itu di Indonesia. - Foto AP/Achmad Ibrahim
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini lebih 176.4 juta.
Jumlah jangkitan menunjukkan pertambahan kes global dengan lebih 400,000 kes jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.48 juta kes.
Ini diikuti India dengan 29.57 juta kes dan Brazil dengan lebih 17.45 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Itali dan Argentina pula catat kes melebihi 4 juta.
Jerman, Sepanyol, Iran dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.
Poland, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.
Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan dan Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.8 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 600,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 488,000 kes, India lebih 377,000 kes, Mexico lebih 230,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 53,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 22,000.
Singapura kekal dengan 34 kematian setakat ini.
Malaysia kini melebihi 600,000 kes.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Global
#kes positif
#Dunia
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan