awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 235.2 juta, korban 4.8 juta

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
22:36 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 235.2 juta, korban 4.8 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 235.2 juta. -Gambar hiasan
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 235.2 juta.
Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 43.8 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 33.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.4 juta kes.
United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina catat lebih 5 juta kes dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.2 juta kes, Thailand dengan 1.6 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 106,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.806 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 702,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 597,000 kes, India lebih 448,000 kes, Mexico lebih 278,000 kes, sementara Rusia mencatat lebih 207,000 kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 93,000 kes adalah Jerman manakala Sepanyol catat lebih 86,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 38,000 diikuti Malaysia dengan 26,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 17,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#angka korban
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan