awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta

Faida Rahim
Faida Rahim
08/04/2026
04:52 MYT
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
Semua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita tiba di pekarangan mahkamah jam 10.05 pagi, Rabu dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga. - Foto Sinar Harian
Empat individu termasuk dua pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5 juta.
Perintah reman hingga 11 April terhadap kesemua individu itu dikeluarkan oleh Majistret S. Punitha selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, tiga lelaki dan seorang wanita itu tiba di mahkamah pada 10.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM, sebelum dibawa keluar daripada mahkamah dengan kenderaan SPRM sekitar 11.45 pagi.
Malam tadi, Bernama melaporkan tangkapan itu yang dilakukan di pejabat SPRM Perak antara 2 hingga 5 petang semalam, turut membabitkan seorang pegawai syarikat minyak dan seorang pengarah syarikat kejuruteraan yang berusia lingkungan 40-an.
Sumber memaklumkan wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu beberapa syarikat mendapatkan projek penyelidikan dan membabitkan penyelewengan dana penyelidikan IPTS berkenaan.
Susulan penahanan itu, SPRM membekukan 70 akaun bank yang mempunyai baki keseluruhan berjumlah RM8.5 juta dan menyita tujuh kenderaan bagi membantu siasatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#reman
#pensyarah
#Rasuah
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan