awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Moderna sedia untuk dapat kelulusan penuh FDA

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2021
23:13 MYT
COVID-19: Moderna sedia untuk dapat kelulusan penuh FDA
Moderna sudah melengkapkan laporan semasa permohonannya kepada FDA bagi mendapatkan kelulusan penuh vaksin keluarannya. -Gambar fail
MODERNA sudah melengkapkan laporan semasa permohonannya kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi mendapatkan kelulusan penuh vaksin keluarannya.
Menurut syarikat pengeluar vaksin COVID-19 itu, ia melibatkan kelulusan penuh bagi individu berusia 18 tahun dan ke atas.
Kenyataan itu menyusul beberapa hari selepas pengawal selia Amerika Syarikat (AS) beri persetujuan dan kelulusan penuh vaksin Pfizer dengan teknologi sama iaitu mRNA.
Vaksin dengan teknologi mRNA mendorong tubuh manusia untuk menghasilkan protein yang merupakan sebahagian patogen, bagi memberi tindak balas kepada imuniti seseorang.
Pegawai kesihatan AS mengharapkan kelulusan penuh vaksin COVID-19 ini akan membantu mengetepikan prasangka terhadap vaksin dan mendorong lebih banyak penggunaan vaksin.
Laporan penuh Moderna merangkumi data daripada kajian akhir yang menunjukkan keberkesanan vaksin 93 peratus, sehingga enam bulan setelah pemberian dos kedua.
Sebelum ini AS memberi kelulusan penggunaan kecemasan kepada Moderna pada Disember tahun lalu.
Syarikat itu telah mengeluarkan lebih 300 juta dos vaksin kepada pentadbiran AS setakat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Moderna
#mRNA
#kelulusan penuh vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan