awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: New Delhi catat kes tertinggi, 6,725 kes baharu dalam tempoh 24 jam

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
04/11/2020
13:39 MYT
COVID-19: New Delhi catat kes tertinggi, 6,725 kes baharu dalam tempoh 24 jam
Lonjakan kes itu disebakan persiapan yang dilakukan penduduk menyambut perayaan Diwali yang bakal berlangsung lebih kurang seminggu lagi. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI merekodkan kes positif tertinggi jangkitan COVID-19, iaitu sebanyak 6,725 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Menurut Kementerian Kesihatan India, bandar itu mencatatkan lebih dari 5,200 kes sehari pada minggu lalu.
Lonjakan kes itu disebakan persiapan yang dilakukan penduduk menyambut perayaan Diwali yang bakal berlangsung lebih kurang seminggu lagi.
Kementerian itu turut memberi amaran keadaan di New Delhi boleh menjadi bertambah buruk kerana orang ramai memenuhi pasar untuk membeli-belah, ditambah dengan bermulanya musim sejuk dan tahap pencemaran udara yang tinggi di ibu kota itu.
Secara keseluruhan, India mencatatkan 46.253 kes, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 8.3 juta kes.
514 lagi kes kematian dilaporkan pada Rabu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan adalah sebanyak 123,611.
Topic Berkaitan
#New Delhi
#India
#COVID-19
#kes positif
#diwali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan