awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Korea Utara kembali pakai pelitup muka hadapi gelombang baharu

Bernama
Bernama
02/10/2022
04:50 MYT
COVID-19: Rakyat Korea Utara kembali pakai pelitup muka hadapi gelombang baharu
Para sukarelawan mengambil suhu bahan orang ramai ketika kempan antivirus di Pyongyang. - Foto fail/REUTERS
SEOUL: Bermula Oktober penduduk Korea Utara kembali menggunakan pelitup muka dan pakar kesihatan negara itu menasihatkan orang ramai supaya memakainya sebagai langkah berwaspada terhadap kemungkinan gelombang baharu COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap.
Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), di Seoul, pada Ahad menyiarkan gambar warga emas memakai pelitup muka semasa menghadiri sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa.
Televisyen Korea juga menyiarkan rakaman pelajar universiti memakai pelitup muka sempena ulang tahun ke-76 penubuhan Universiti Kim ll-sung.
Korea Utara sebelum ini menarik balik semua arahan pemakaian pelitup muka, di dalam atau di luar bangunan. Gambar atau rakaman oleh media negara itu pada September menunjukkan orang ramai tidak lagi memakai pelitup muka di sekolah atau ketika menghadiri perayaan besar.
Bagaimanapun, pada 8 Sept, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka pada November, kerana tahap imuniti boleh merosot seiring penurunan suhu pada tahun itu.
Namun, kira-kira dua minggu kemudian, KCNA melaporkan pakar mengesyorkan orang ramai kembali memakainya bermula pada Oktober.
Korea Utara melaporkan kes pertama COVID-19 pada 12 Mei selepas mendakwa bebas virus itu selama lebih dua tahun dan serta-merta mengisytiharkan sistem kawalan virus "kecemasan maksimum".
Kemudian pada 11 Ogos, Kim berkata langkah anti wabak Pyongyang telah berjaya melindungi rakyatnya dan mengisytiharkan negaranya bebas virus itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gelombang baharu
#pelitup muka
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan