awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua sekolah di UK dijangka dibuka September

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2020
23:14 MYT
COVID-19: Semua sekolah di UK dijangka dibuka September
Johnson (gambar) sedang berbincang dengan menteri pendidikan Gavin Williamson untuk memastikan perkara itu selain menyediakan pakej sokongan untuk membantu pelajar mengikuti pembelajaran yang ketinggalan. -Gambar fail
Semua sekolah di United Kingdom (UK) dijangka dibuka sepenuhnya pada September ini.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang berbincang dengan Menteri Pendidikan Gavin Williamson untuk memastikan perkara itu selain menyediakan pakej sokongan untuk membantu pelajar mengikuti pembelajaran yang ketinggalan.
Menurut Reuters yang memetik sumber Downing Street, kajian terperinci sedang dijalankan bersama pihak sekolah, konsul dan kesatuan untuk memastikan pelajar dapat kembali pada bulan September jika keadaan bertambah selamat.
Johnson telah meminta nasihat langkah-langkah yang akan diambil untuk membantu pelajar sepanjang musim panas dan pelan masa depan untuk mereka.
Demi memastikan keadilan sosial, pertolongan sangat diperlukan bagi pelajar yang kurang mendapat sokongan di rumah.
Sekolah di negara itu ditutup pada bulan Mac disebabkan koronavirus, namun kumpulan pelajar usia tertentu dapat kembali ke sekolah awal bulan Jun walaupun sebilangan pendidik memutuskan untuk tidak membuka semula kerana kebimbangan keselamatan.
Keputusan membuka semula sekolah mengundang perdebatan memandangkan Britain merupakan antara negara dengan jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19.
Beberapa pengkritik turut melahirkan kebimbangan dan keperluan berhati-hati untuk mencegah gelombang kedua pandemik.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#COVID-19
#Downing Street
#Gavin Williamson
#koronavirus
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan