awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiket sukan, bir, jagaan anak percuma, antara insentif penerima vaksin di AS

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2021
00:36 MYT
COVID-19: Tiket sukan, bir, jagaan anak percuma, antara insentif penerima vaksin di AS
Amerika Syarikat negara kedua selepas China di mana penduduknya paling ramai sudah divaksin. - Gambar fail AP
PELBAGAI insentif bakal diterima penduduk di Amerika Syarikat (AS) jika mereka mengambil suntikan vaksin COVID-19, termasuk tiket sukan, minuman keras dan jagaan anak percuma.
Presiden Joe Biden mengumumkan 'bulan untuk bertindak' atau 'month of action' bagi menggesa lebih ramai rakyat Amerika mengambil vaksin sebelum cuti musim panas 4 Julai ini.
Program vaksinasi di Amerika kini menghampiri sasaran diletakkan Biden sebelum ini untuk memvaksin sekurangnya 70 peratus populasi menjelang hari kebangsaan negara itu.
Ia amat penting untuk mengembalikan negara Uncle Sam itu kepada kehidupan normal secepat mungkin pada musim panas ini.
Amerika katanya akan segera menikmati kebebasan dan kegembiraan ketika musim panas ini, di mana orang ramai boleh berkumpul.
"Amerika akan memasuki musim panas, yang berbeza dibandingkan musim panas tahun lalu. Musim panas kali ini akan dipenuhi dengan kebebasan, keseronokan, penyatuan dan perayaan.
"Musim panas ini patut dinikmati di seluruh Amerika setelah musim sejuk yang panjang dan 'gelap' yang kita tempuhi sebelum ini.
"Namun, apa berlaku selepas musim panas? Datanya sangat jelas.
"Di sebalik semua perkembangan baik yang kita capai selama ini, jika anda tidak divaksin, anda masih berisiko terkena penyakit atau terkorban, atau berpotensi menyebarkan jangkitan kepada orang lain," katanya pada Rabu.
Pada masa ini, data Johns Hopkins University mendedahkan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan jangkitan baharu COVID-19.
Bagaimanapun, ia menjadi negara kedua selepas China di mana penduduknya paling ramai sudah divaksin.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#White House
#program vaksinasi
#COVID-19
#suntikan
#jangkitan
#vaksin
#sukan
#Amerika Syarikat
#minuman keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan