awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Trump dakwa dirinya imun

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2020
00:39 MYT
COVID-19: Trump dakwa dirinya imun
Twitter meletakkan amaran pada ciapan Trump kerana ia dipercayai mengandungi maklumat yang tidak tepat berkaitan COVID-19. Foto - Twitter @realDonaldTrump
PRESIDEN Donald Trump mengisytiharkan dirinya imun daripada COVID-19 dan menegaskan kini sudah sedia kembali berkempen untuk mempertahankan kedudukannya di White House.
Calon Republikan itu diberi kebenaran oleh pasukan perubatannya untuk kembali berkempen Sabtu lalu.
Trump mengkritik lawannya Joe Biden, menganggap beliau menjalankan kempen yang terlalu berhati-hati ketika pandemik COVID-19.
Namun, tinjauan mendapati Trump kini ketinggalan berbanding lawannya.
Dengan baki sekurang-kurangnya 23 hari sehingga pengundian 3 November depan, Trump mahu segera turun berkempen untuk meyakinkan pengundi.
Dalam masa yang sama, platform media sosial Twitter meletakkan label amaran pada ciapan Trump yang menyatakan beliau kebal terhadap COVID-19.
Menurut Twitter, ciapan Presiden Amerika Syarikat itu melanggar peraturan platform media sosial mengenai maklumat yang kurang tepat berkaitan virus itu.
Dalam tweet berkenaan, beliau mendakwa kini imun dan tidak akan mendapat virus itu.
Ciapan itu bagaimanapun ditandakan oleh Twitter dengan penafian kerana telah melanggar peraturan yang menghalang penyebaran maklumat mengelirukan dan berpotensi berbahaya berkaitan COVID-19.
Twitter turut menjelaskan, memandangkan ia mungkin mempunyai kepentingan awam, ciapan itu bagaimanapun masih boleh diakses.
Jurucakap syarikat media sosial itu memberitahu Reuters, tweet tersebut membuat "tuntutan kesihatan yang mengelirukan" mengenai koronavirus.
Trump pertama kali mengumumkan beliau dijangkiti COVID-19 pada 2 Oktober.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#White House
#koronavirus
#COVID-19
#Twitter
#media sosial
#berita palsu
#imun
#Joe Biden
#pilihan raya
#US election
#kebal
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan