awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UK sekat kemasukan dari Portugal

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2021
23:57 MYT
COVID-19: UK sekat kemasukan dari Portugal
SHAPPS: Kita tidak tahu potensi varian India untuk dikawal dengan vaksinasi dan tidak mahu mengambil risiko menjelang kelonggaran 21 Jun nanti. - Gambar fail REUTERS
PORTUGAL yang sebelum ini tersenarai dalam negara-negara yang dibenarkan masuk ke United Kingdom, kini ditarik balik.
Ini kerana, menurut Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps, keputusan tersebut dicapai selepas Portugal mencatatkan peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 sejak beberapa hari lepas.
Jelasnya, peningkatan drastik di Portugal dilaporkan kerana pertambahan kes varian baharu dan kerajaan mengambil keputusan pantas.
“Saya ingin berterus terang kepada semua. Ini adalah keputusan sukar untuk dilakukan tetapi akhirnya kita menyaksikan dua perkara yang menimbulkan kebimbangan.
“Satu adalah kadar kebolehjangkitan sehingga dua kali ganda sejak direkodkan di Portugal.
"Satu lagi adalah berkenaan mutasi yang dikenal pasti sebagai varian India yang dikesan dan kita tidak tahu potensi untuk dikawal dengan vaksinasi.
"Dan kita tidak mahu mengambil risiko menjelang kelonggaran 21 Jun nanti dan fasa keempat kelonggaran,” katanya di London pada Khamis.
Portugal kini dalam senarai negara disekat, termasuk tidak dibenarkan untuk mengembara bagi tujuan percutian dan hanya dibenarkan untuk tujuan penghantaran bekalan wajib.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Portugal menggesa agar rakyatnya melakukan ujian saringan berkala walaupun tidak bergejala.
Topic Berkaitan
#Portugal
#COVID-19
#varian baharu
#ujian saringan
#United Kingdom
#Grant Shapps
#peningkatan drastik
#kes positif
#kadar kebolehjangkitan
#varian India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan