awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian baharu B.1.1.529 'Omicron' diklasifikasi sebagai 'membimbangkan'

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2021
23:19 MYT
COVID-19: Varian baharu B.1.1.529 'Omicron' diklasifikasi sebagai 'membimbangkan'
Van Kerkhove berkata kajian untuk memahami ciri-ciri Omicron akan mengambil masa beberapa minggu. -Gambar fail/AP
GENEVA: Kumpulan penasihat bebas yang memantau evolusi virus COVID-19 bertemu pada Jumaat untuk menilai penemuan semasa varian baharu yang pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan.
Kumpulan penasihat teknikal mengenai evolusi virus COVID-19 (TAG-VE) telah menasihati Pertubuhan Kesihatan Sedunia bahawa varian B.1.1.529 -- kini dinamakan 'Omicron' -- dan ditetapkan sebagai 'varian yang membimbangkan'.
"Omicron, B.1.1.529, diklasifikasi sebagai varian yang membimbangkan kerana ia memiliki sifat seumpamanya.
"Varian ini mempunyai sejumlah besar mutasi dan beberapa mutasi ini mempunyai beberapa ciri yang membimbangkan.
"Sekarang ini, terdapat banyak kajian yang sedang dijalankan di Afrika Selatan dan di negara lain untuk mencirikan varian itu sendiri dengan lebih baik dari segi kebolehjangkitan, dari segi keparahan dan sebarang kesan ke atas tindak balas yang dilakukan, seperti penggunaan diagnostik, terapeutik atau vaksin.
"Setakat ini, terdapat sedikit maklumat, tetapi kajian itu sedang dijalankan, jadi kami memerlukan penyelidik untuk melaksanakannya.
"WHO akan memaklumkan kepada orang ramai dan negara anggota sebaik sahaja kami mendapat maklumat lanjut."
Sejak penemuannya pada 9 November, ciri-ciri Omicron bertepatan dengan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 di rantau ini.
Ketua teknikal COVID-19 untuk program kecemasan kesihatan WHO, Maria Van Kerkhove berkata varian itu mempunyai sifat berkenaan kerana bilangan besar mutasinya.
Van Kerkhove berkata kajian untuk memahami ciri-ciri Omicron akan mengambil masa beberapa minggu.
Ia bagi melihat sama ada terdapat sebarang perubahan dalam kesan terhadap diagnostik, terapeutik atau vaksin.
Panel itu berkata bukti awal mencadangkan ada peningkatan risiko jangkitan semula.
Topic Berkaitan
#Omicron
#varian yang membimbangkan
#Maria Van Kerkhove
#TAG-VE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan