awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO pertikai data dikeluar China berhubung kes kematian

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2023
23:30 MYT
COVID-19: WHO pertikai data dikeluar China berhubung kes kematian
Seorang wanita melakukan ujian saringan COVID-19 di stesen uji sementara di Beijing. - Foto REUTERS
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertikai data yang dikeluarkan China berhubung kes kematian akibat COVID-19 yang didakwa statistik rasminya tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan.
Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, pihaknya percaya bahawa statistik semasa yang diterbitkan China kurang menggambarkan kesan sebenar wabak dari sudut kemasukan ke hospital, ICU dan jumlah kes kematian.
Kenyataan Ryan itu menyusul selepas China mengumumkan bahawa situasi COVID-19 di negara tembok besar itu terkawal dan ia berjaya mengawalnya.
Sebelum ini China bertindak memansuhkan kawalan dan sekatan bulan lalu.
Pakar kesihatan antarabangsa meramalkan sekurang-kurangnya sejuta kematian di China tahun lalu namun China hanya melaporkan hanya sekitar lima kematian sehari.
Bagaimanapun, pandangan pakar antarabangsa itu ditolak China dan mendakwa ia cubaan bermotif politik untuk mencemarkan pencapaiannya dalam memerangi virus.
China dilapor turut mengkritik keputusan beberapa negara yang mengenakan SOP ketat termasuk ujian COVID-19 terhadap pengembara dari negara itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#China
#Michael Ryan
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan