awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Culas bayar hutang, Ah Long hantar bangkai tikus dan labah-labah hidup

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2025
01:20 MYT
Culas bayar hutang, Ah Long hantar bangkai tikus dan labah-labah hidup
Bangkai tikus yang dihantar oleh along ke rumah peminjam sebagai amaran awal. - Foto Sinar Harian/Agensi
SINGAPURA: Penduduk di Yishun gempar selepas dua peminjam wang menerima bungkusan mengerikan daripada ceti haram atau Ah Long, masing-masing mengandungi bangkai tikus dan labah-labah hidup.
Menurut laporan Lianhe Zaobao, Pasukan Polis Singapura (SPF) menerima dua aduan berkaitan gangguan oleh Ah Long di kawasan itu baru-baru ini.
Pada 13 Mac, sebuah kotak yang mengandungi bangkai tikus, kertas sembahyang, colok, dan nota kutipan hutang dihantar ke sebuah unit di Yishun Ring Road.
Lima hari kemudian, pada 18 Mac, satu lagi bungkusan yang mengandungi labah-labah hidup dan nota kutipan hutang dihantar ke sebuah rumah di Yishun Street 71.
Hasil siasatan, polis berjaya mengenal pasti seorang lelaki berusia 22 tahun yang menghantar bungkusan tersebut dan menahannya pada 24 Mac lalu.
Siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam beberapa kes gangguan oleh Ah Long di seluruh Singapura.
Suspek telah didakwa di mahkamah pada 26 Mac atas kesalahan melanggar Akta Pemberi Pinjaman Wang.
Jika sabit kesalahan, pesalah kali pertama boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum S$50,000 (RM165,330), serta sebatan sehingga enam kali.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti berkaitan pinjaman wang haram dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Ah Long
#ceti haram
#bungkusan
#bangkai tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan