awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curiosity uji batu di planet Marikh

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2013
02:24 MYT
Curiosity uji batu di planet Marikh
Saintis di National Aeronautics and Space Administration (NASA), menemui bukti bahawa planet Marikh mungkin pernah didiami hidupan primitif.
Kenyataan tersebut dibuat berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Curiosity ke atas batu di planet berkenaan.
Curiosity merupakan sebuah robot yang berbentuk seperti sebuah kereta digunakan dalam misi NASA menerokai Gale Crater di Marikh.
Robot tersebut dikatakan mampu menggerudi batu, menghancurkannya dan menguji sampel bagi mengesan sisa air.
Hasil daripada ujian itu mendapati batu di planet Marikh mempunyai mineral tanah liat yang terhasil di dalam persekitaran berair yang sesuai untuk organisma mikroskopik.
Curiosity dihantar ke Marikh pada Ogos tahun lalu bagi misi selama dua tahun.
Namun begitu, Curiosity masih berdepan cabaran besar iaitu mencari kawasan di Marikh yang mempunyai sisa organik dan masih terpelihara di planet itu.
Berdasarkan kajian awal yang telah dijalankan, beberapa tempat di Marikh menunjukkan bukti bahawa terdapat kawasan panas dan lembab.
Curiosity dikatakan bakal membuat ujian kali kedua menerusi kaedah gerudi pada bulan Mei nanti.
Planet Marikh merupakan planet ke empat dari matahari dalam sistem solar.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Curiosity
#hidupan
#Marikh
#NASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan