awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data peribadi milik 14 juta pelanggan perkhidmatan kewangan Australia dicuri

Bernama
Bernama
27/03/2023
08:38 MYT
Data peribadi milik 14 juta pelanggan perkhidmatan kewangan Australia dicuri
Penyedia perkhidmatan kewangan Australia Latitude pada Isnin mengesahkan bahawa kira-kira 14 juta butiran peribadi telah dicuri dalam insiden penggodaman yang menyasarkan syarikat itu baru-baru ini. - Gambar hiasan/ETX Studio
SYDNEY: Penyedia perkhidmatan kewangan Australia Latitude pada Isnin mengesahkan bahawa kira-kira 14 juta butiran peribadi telah dicuri dalam insiden penggodaman yang menyasarkan syarikat itu baru-baru ini.
Latitude memaklumkan bahawa kira-kira 7.9 juta nombor lesen memandu Australia dan New Zealand telah dicuri.
"Serangan berniat jahat" itu turut mendedahkan 53,000 nombor pasport, manakala sekitar 100 pelanggan telah melaporkan kebocoran penyata kewangan bulanan mereka, lapor Xinhua.
Sementara itu, syarikat itu juga mengenal pasti bahawa 6.1 juta rekod tambahan telah dicuri, termasuk beberapa maklumat peribadi, seperti nama, alamat, telefon dan tarikh lahir.
"Amat mengecewakan bahawa sebilangan besar pelanggan dan pemohon telah terjejas akibat insiden ini. Kami memohon maaf.
"Kami terus bekerja sepanjang masa untuk memulihkan operasi kami. Kami sedang memulihkan platform yang terjejas dan telah melaksanakan pemantauan keselamatan tambahan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Latitude, Ahmed Fahour.
Polis Persekutuan Australia kini sedang menyiasat insiden berkenaan.
Latitud pertama kali melaporkan serangan siber pada 16 Mac, mengakui bahawa lebih 300,000 dokumen pelanggan telah dicuri.
Penyerang dipercayai menggunakan log masuk pekerja untuk mencuri data penyedia perkhidmatan syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#data peribadi
#Australia
#Australia Latitude
#penyedia perkhidmatan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan