awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk tersalah ambil cucu

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2018
05:01 MYT
Datuk tersalah ambil cucu
Pihak tadika mendakwa kanak-kanak tersebut memanggil lelaki itu sebagai datuk dan tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.
Seorang datuk di China menyebabkan panik di sebuah tadika apabila dia 'tersalah' menjemput cucu.
Warga emas tersebut dikatakan baru berpindah dari kampung ke rumah anaknya dan tidak berapa mengenali cucunya.
Dia bukan sahaja menjemput kanak-kanak yang salah malah turut membawanya ke klinik bagi mendapatkan suntikan selsema.
Pihak tadika mendakwa kanak-kanak tersebut memanggil lelaki itu sebagai datuk dan tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.
Namun kekecohan timbul apabila ibu bapa sebenar kanak-kanak itu tidak menemui anak mereka di tadika.
Rakaman CCTV mendapati warga emas itu membawa pergi kanak-kanak yang bukan cucunya.
Empat jam kemudian anak lelaki warga emas tersebut menyedari kesilapan yang dilakukan oleh ayahnya apabila melihat rakaman yang dikongsi di aplikasi Wechat.
Pihak tadika terbabit bersedia membayar pampasan atas kecuaian mereka sementara datuk berkenaan bersedia membayar kos pemeriksaan doktor berikutan tindakannya membawa kanak-kanak tersebut mendapatkan suntikan.- SCMP
Topic Berkaitan
#CCTV
#China
#cucu
#Kanak-kanak
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan