awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delhi larang kemasukan teksi dari negeri lain ekoran kualiti udara semakin buruk

Bernama
Bernama
09/11/2023
03:50 MYT
Delhi larang kemasukan teksi dari negeri lain ekoran kualiti udara semakin buruk
Keadaan di kuil Akshardham yang diselubungi jerebu di New Delhi, India. - Foto AP
NEW DELHI: Pihak berkuasa tempatan pada Rabu mengumumkan bahawa teksi berasaskan aplikasi dari negeri lain tidak dibenarkan memasuki Delhi susulan kualiti udara yang semakin buruk.
"Jabatan pengangkutan telah diminta mengeluarkan arahan agar teksi berasaskan aplikasi dengan pendaftaran di luar Delhi dilarang daripada memasuki ibu negara seperti perintah Mahkamah Agung," Xinhua memetik Menteri Alam Sekitar Delhi Gopal Rai sebagai berkata.
Rai dalam satu rakaman video berkata, kerajaan Delhi juga akan membentangkan dua kajian di mahkamah mengenai keberkesanan skim untuk mengehadkan bilangan kereta atas jalan raya yang dikenali sebagai formula "ganjil-genap".
"Kami memutuskan untuk menyerahkan laporan berdasarkan dua kajian iaitu kajian bersama oleh Universiti Harvard dan Chicago State di AS dan satu lagi kajian oleh Universiti Teknikal Delhi, mengenai formula ganjil-genap kepada Mahkamah Agung," katanya.
"Berkenaan keputusan melaksanakan formula ganjil-genap mulai 13 Nov, pelaksanaan hanya akan dibuat selepas Mahkamah Agung menyemak keberkesanan formula itu dan mengeluarkan perintah," kata Rai.
Pencemaran udara di Delhi berada pada tahap "terburuk" sejak beberapa hari lalu, dan pihak berkuasa menutup sekolah dan menangguhkan kejohanan acara sukan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencemaran udara
#teksi
#Gopal Rai
#jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan