awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demonstrasi tolak pentadbiran Trump bermula di seluruh Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
06/04/2025
03:40 MYT
Demonstrasi tolak pentadbiran Trump bermula di seluruh Amerika Syarikat
Penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam protes 'Hands Off!' terhadap Trump dan Musk, di Los Angeles, California, AS, 5 April 2025. REUTERS
WASHINGTON: Ribuan rakyat Amerika Syarikat menyertai siri protes pada Sabtu sebagai tanda penentangan terhadap dasar-dasar Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di ibu negara Washington sahaja, ribuan penunjuk perasaan berhimpun di sekitar Monumen Washington berhampiran Rumah Putih.
Mereka membawa pelbagai sepanduk dengan tuntutan agar pihak berkuasa menjunjung perlembagaan dan mendesak supaya Trump disingkirkan daripada jawatan presiden.
Antara mesej lain yang dipaparkan tertera perkataan "Hands off democracy" dan "Stop the coup."
Pelbagai pertubuhan bergabung dalam usaha menganjurkan lebih 1,000 perhimpunan di kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat.
Pihak penganjur sebelum ini menganggarkan penyertaan melebihi 250,000 orang di seluruh negara.
Namun, jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan ekoran banyaknya lokasi protes yang berlangsung serentak.
Di New York, ribuan peserta turut berarak menentang Trump dan penasihat rapatnya, Elon Musk - jutawan terkenal serta ketua syarikat kereta elektrik Tesla.
Demonstrasi turut dilaporkan berlaku di beberapa bandar lain termasuk Atlanta, Boston, Miami dan Charlotte.
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Trump dilaporkan mula merombak struktur kerajaan secara radikal dengan bantuan Musk, termasuk memecat ramai pegawai persekutuan serta membubarkan beberapa agensi utama seperti Jabatan Pendidikan.
Tindakannya mencetuskan kegusaran dan kemarahan dalam dan luar negara menerusi pelbagai keputusan serta inisiatif yang kontroversi.
Demokrat dan para penganalisis melihat hala tuju pentadbirannya sebagai satu ancaman besar terhadap demokrasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demonstrasi tolak pentadbiran Trump
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#Penunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan