awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Depot bahan api terbakar di selatan Rusia

Bernama
Bernama
03/05/2023
15:29 MYT
Depot bahan api terbakar di selatan Rusia
Kawasan berhampiran penempatan Volna merupakan lokasi terminal besar minyak dan produk minyak, yang kemudiannya dihantar merentasi Laut Hitam. - Gambar Reuters/Stringer
MOSCOW: Kebakaran besar berlaku di depot bahan api di selatan Rusia berhampiran semenanjung Laut Hitam Crimea, kata pihak berkuasa Rusia pada Rabu.
Menurut laporan media, sebuah tangki yang mengandungi 20,000 meter padu bahan api terbakar.
"Sebuah takungan bahan api terbakar di kampung Volna di daerah Taman," kata gabenor wilayah selatan Rusia Krasnodar Veniamin Kondratyev di Telegram pada Rabu, lapor dpa.
Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
Kawasan berhampiran penempatan Volna merupakan lokasi terminal besar minyak dan produk minyak, yang kemudiannya dihantar merentasi Laut Hitam.
Asap dan api boleh dilihat sehingga ke semenanjung Crimea.
Kebakaran ketika ini meliputi kawasan seluas 1,200 meter persegi, kata ketua pentadbiran daerah Fyodor Babenkov yang menambah pasukan bomba sedang berusaha untuk mengawal api daripada merebak ke tangki lain.
Punca kebakaran belum dapat dipastikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#bahan api
#kematian
#terminal besar minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan