awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomat kanan Pakistan terselamat cubaan bunuh di Kabul

Bernama
Bernama
02/12/2022
20:00 MYT
Diplomat kanan Pakistan terselamat cubaan bunuh di Kabul
Shehbaz berkata beliau telah menghubungi Nizamani menerusi telefon dan diplomat itu selamat. - Gambar fail/ Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri Shehbaz Sharif berkata seorang diplomat Pakistan yang berada di Afghanistan terselamat daripada cubaan membunuh pada Jumaat.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh terhadap ketua misi Pakistan di Kabul.
"Tabik hormat kepada pengawal keselamatan yang berani untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa diplomat itu.
"Didoakan semoga pengawal keselamatan itu cepat pulih. Saya menuntut siasatan dan tindakan segera terhadap pelaku perbuatan keji ini," kata Shehbaz di Twitter.
Diplomat kanan Ubaid-ur-Rehman Nizamani menyertai Kedutaan Pakistan di Kabul pada bulan lalu sebagai ketua misi.
Shehbaz berkata beliau telah menghubungi Nizamani memenerusi telefon dan diplomat itu selamat.
Media Pakistan melaporkan Nizamani diserang di pekarangan kedutaan di kawasan Kart-e-Parwan di Kabul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diplomat pakistan
#cubaan bunuh
#Ubaid-ur-Rehman Nizamani
#Shehbaz Sharif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan