awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipujuk lakukan perubatan mistik, remaja 16 tahun sebaliknya dibunuh kekasih kerana hamil

Agensi
Agensi
26/08/2020
00:49 MYT
Dipujuk lakukan perubatan mistik, remaja 16 tahun sebaliknya dibunuh kekasih kerana hamil
Suspek memujuk mangsa untuk diikat tangan bagi tujuan 'perubatan mistik'. -Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan mati dengan tangan berikat di sebatang sungai di Desa Rejo Agung, Kecamatan Tegineneng, Indonesia.
Mayat mangsa yang didapati hamil enam bulan itu ditemukan penduduk tempatan yang melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai didalangi teman lelaki mangsa sendiri dan dibantu rakannya.
Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan polis untuk disoal siasat.
Polis dalam satu kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) itu, suspek yang merupakan teman lelaki mangsa bersama rakannya itu telah menjemput mangsa ke sungai.
Mangsa kemudian dipujuk agar diikat kedua-dua tangan untuk 'perubatan mistik' sebelum suspek menolaknya ke dalam sungai dan menenggelamkan gadis itu hidup-hidup.
"Kedua-dua suspek berusia 18 tahun bertindak kejam dan dipercayai membunuh mangsa dengan mencampakkannya ke dalam sungai dengan kedua-dua tangan mangsa diikat.
"Selepas berjaya memperdayanya, mangsa dicampak ke dalam sungai dan ditenggelamkan hidup-hidup," katanya sepertimana dipetik daripada portal kompas.com
Motif pembunuhan dirancang suspek dipercayai kerana tidak mahu bertanggungjawab atas kehamilan mangsa.
Topic Berkaitan
#dibunuh kekasih
#hamil
#jenayah
#lelaki
#mangsa
#maut
#perubatan
#polis
#remaja
#remaja bawah umur
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan