awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dituduh jalin hubungan sulit, ibu tergamak cekik mati bayi dengan selendang

Agensi
Agensi
24/08/2019
04:03 MYT
Dituduh jalin hubungan sulit, ibu tergamak cekik mati bayi dengan selendang
Wanita berusia 26 tahun itu disyaki mencekik sehingga mati bayi lelakinya yang berusia 8 bulan menggunakan sehelai selendang. - Gambar hiasan
Seorang wanita ditahan serta didakwa atas tuduhan membunuh selepas polis di negeri Uttar Pradesh, India menemukan mayat bayi yang disorok dalam sebuah beg guni berhampiran rumahnya.
Polis di Greater Noida berkata, wanita berusia 26 tahun itu disyaki mencekik sehingga mati bayi lelakinya yang berusia 8 bulan menggunakan sehelai selendang.
Suami dan bapa mertua wanita terbabit turut ditahan dan berdepan tuduhan konspirasi jenayah kerana membuang mayat bayi tersebut di dalam parit.
Pada mulanya, suspek yang dikenali sebagai Hema memberitahu anaknya terjatuh daripada katil namun siasatan lanjut mendapati dia mencekik mangsa kerana berang dituduh menjalin hubungan sulit dengan adik ipar oleh suaminya sendiri.
"Suspek memberitahu suami dan bapa mertuanya bahawa bayi tersebut mati selepas terjatuh daripada katil.
"Disebabkan bimbang ditahan polis, dia meminta mereka menyembunyikan kematian tersebut," kata polis.
Polis menemui mayat berkenaan pada Rabu lalu, kira-kira 10 hari selepas bayi tersebut dibunuh. - Agensi
Topic Berkaitan
#bayi
#bunuh bayi
#cekik bayi
#India
#jenayah
#mangsa
#mati
#mayat
#polis
#selendang
#siasatan
#suspek
#Uttar Pradesh
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan