awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditumbuk dan dipulas hingga patah, bayi 3 bulan maut di tangan ayah sendiri

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2019
11:06 MYT
Ditumbuk dan dipulas hingga patah, bayi 3 bulan maut di tangan ayah sendiri
MS, 23, ditangkap atas penganiayaan terhadap bayi berusia 3 bulan yang merupakan anak kandungnya sendiri. -Foto Detik.com
Seorang ayah tergamak mendera bayinya sendiri hingga menemui ajal.
Dalam kejadian di Jakarta Barat, Indonesia, lelaki yang hanya dikenali sebagai MS, 23, ditangkap atas penganiayaan terhadap bayi berusia 3 bulan yang merupakan anak kandungnya sendiri.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, MS dilapor melakukan penderaan itu sejak anaknya berusia lebih sebulan.
"Berdasarkan keterangan pelaku, penganiayaan terhadap anaknya bukan dilakukan satu kali sahaja, tetapi ternyata pernah dilakukan pada saat bayi berumur satu setengah bulan, di mana kaki bayi dipatahkan oleh pelaku dan juga punggung," kata Ketua Polis Bahagian Kebon Jeruk AKP Erick Sitepu kepada wartawan di Mapolres Jakbar, Slipi, Jakarta Barat pada Isnin.
Katanya lagi, mangsa kerap dianiaya ketika isteri suspek, SK, memintanya menjaga bayi tersebut.
"Antara lain, bayi ini digigit tepat di wajah sebelah kiri, ada bekas gigitannya. Juga kemudian dipukul atau ditumbuk tepat di muka, sehingga menyebabkan hancur pada bahagian hidung dan bibirnya pecah.
"Kemudian tangan dan kakinya dipatahkan, ditarik dan dipulas berulang kali. Menurut keterangan suspek, dipulas hingga berbunyi 'krek' baru dia berhenti," kata Erick.
Mangsa meninggal dunia pada Sabtu, 27 April, di bawah jagaan suspek ketika isterinya ke pasar.
Namun ketika ditanya isterinya SK tentang keadaan anak mereka, suspek hanya berkata mangsa tersedak sebelum meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#bayi mati di tangan ayah sendiri
#didera ayah kandung
#Erick Sitepu
#Indonesia
#MS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan