awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir disenarai antara 50 tokoh paling berpengaruh dunia

Saraya Mia
Saraya Mia
06/05/2019
04:40 MYT
Dr Mahathir disenarai antara 50 tokoh paling berpengaruh dunia
Dr Mahathir Mohamad menduduki tangga ke-47 dalam senarai "50 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2019" oleh portal antarabangsa, Fortune.com. -Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menduduki tangga ke-47 dalam senarai "50 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2019" oleh portal antarabangsa, Fortune.com.
Beliau disenaraikan dalam kalangan tokoh terkemuka lain, termasuk pengasas Microsoft, Bill Gates dan isterinya Melinda di tangga pertama serta Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern di tangga kedua.
Turut disenaraikan dalam kelompok pemimpin terkemuka dunia ialah aktivis iklim berusia 16 tahun, Greta Thunberg di tangga ke-enam serta Duke of Sussex, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle di tangga ke-42.
Menurut laporan Fortune.com, Dr Mahathir mencipta sejarah dalam legasinya ketika kembali menerajui kepimpinan negara Malaysia pada usia 93 tahun.
Di bawah era kepimpinannya selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, Malaysia mengalami transformasi ekonomi cemerlang hingga negara diberi jolokan "Harimau Asia Tenggara."
Topic Berkaitan
#50 Tokoh Paling Berpengaruh Dunia 2019
#Bill Gates
#Fortune
#Jacinda Ardern
#Mahathir Mohamad
#Melinda Gates
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan