awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pesawat pejuang Tentera Indonesia terhempas

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
10:32 MYT
Dua pesawat pejuang Tentera Indonesia terhempas
Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur, untuk misi latihan pada pagi Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
DUA pesawat serangan ringan, masing-masing membawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang terhempas di bandar Pasuruan, Jawa Timur sebelum tengah hari Khamis, lapor Jakarta Globe
Setakat ini, nasib kru tersebut masih tidak diketahui sementara menunggu proses siasatan.
Kenyataan Tentera Udara Indonesia mengenal pasti kedua-dua pesawat yang terbabit dalam insiden itu sebagai EMB-314 Super Tucano dengan nombor bahagian ekor TT-3111 dan TT-3103.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur, untuk misi latihan bersama dua pesawat jenis sama pada 10.50 pagi (waktu tempatan).
Katanya, pada jam 11.18 pagi, kawalan udara terputus hubungan dengan kedua-dua pesawat, manakala baki dua Tucano selamat kembali ke pangkalan pada 11.31 pagi.
Sebelum kejadian itu berlaku, empat pesawat itu dilaporkan terbang dalam 'bentuk kotak' dan mencapai ketinggian 8,000 kaki.
Individu di dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan (TT-3111, tempat duduk depan), Kolonel Widiono (TT-3111, tempat duduk belakang), Mejar Yuda A Seta (TT-3103, tempat duduk depan), dan Kolonel Subhan (TT-3103, tempat duduk belakang ). - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Super Tucano
#jet pejuang
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan