awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah ke Singapura

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2016
12:37 MYT
Dua rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah ke Singapura
Jenis dadah yang dirampas pihak berkuasa Singapura daripada dua rakyat Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Selasa. - Foto sumber www.ica.gov.sg
Pihak Berkuasa Singapura menahan dua rakyat Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands di sini kerana dipercayai cuba menyeludup dadah bernilai RM246,000 pada Selasa.
Dadah jenis metamfetamin seberat 360 gram serta 3,259 pil erimin-5 dan pil ekstasi itu ditemui di bawah tempat duduk sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran Malaysia.
Penahanan mereka dibuat Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) Singapura kira-kira jam 7 pagi ketika pemeriksaan dijalankan ke atas mereka.
ICA dalam satu kenyataan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan yang berusia 24 tahun kemudian diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura.
Siasatan kes berkenaan masih dijalankan.
Mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura, memiliki dadah melebihi 250 gram membawa kepada hukuman mati.
Topic Berkaitan
#biro narkotik
#CIQ
#Dadah
#ekstasi
#erimin
#metamfetamin
#methamphetamine
#Seludup dadah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan