awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua terbunuh, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Rusia

Bernama
Bernama
27/06/2024
23:00 MYT
Dua terbunuh, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Rusia
Foto diambil daripada video yang dikeluarkan Perkhidmatan Akhbar Kementerian Kecemasan Rusia pada 27 Jun menunjukkan petugas keselamatan menjalankan kerja-kerja menyelamat di lokasi kereta api tergelincir di Republik Komi, utara Rusia. (Foto AP)
MOSCOW: Sekurang-kurangnya dua penumpang terbunuh dan puluhan cedera dalam kejadian kereta api tergelincir di utara Rusia, kata pengendali kereta api negara itu pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada Rabu malam di Republik Komi, Rusia, mengakibatkan sembilan daripada 14 gerabak tergelincir dan terbalik berhampiran Bandar Inta.
Russian Railways berkata dua mayat ditemukan di lokasi kemalangan dan seorang lagi masih hilang.
Sementara itu, agensi berita Interfax yang memetik maklumat diberikan perkhidmatan kecemasan, melaporkan bahawa sehingga 50 orang cedera, dengan beberapa orang parah.
Kira-kira 200 penumpang dan 20 kru berada di dalam kereta api itu pada masa kemalangan.
Punca kejadian dipercayai disebabkan oleh landasan yang terjejas selepas hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#kereta api tergelincir
#hujan lebat
#Russian Railways
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan