awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2024
03:20 MYT
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Kejadian kedua-dua lelaki itu 'dimadukan' turut menjadi tular di media sosial. - Foto agensi
MAMUJU: Dua wanita berstatus isteri di Indonesia kini menjadi tular, gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.
Perbuatan wanita pertama dikenali sebagai R, 50, di Binanga Mamuju terbongkar selepas suaminya S, 50, yang baru pulang merantau dari Kalimantan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Maklumat yang diperoleh mendapati kedua-duanya menjadi pasangan jarak jauh selama dua tahun dan lelaki tersebut pulang ke pangkuan isterinya untuk meraikan lebaran bersama.
Sementara itu, kes kedua berlaku pada pasangan suami isteri (pasutri) yang masing-masing berusia 35 tahun di Karema.
Lelaki dikenali sebagai H bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa tentang perbuatan S yang tergamak 'memadukannya'.
Difahamkan, tiada tuntutan cerai dikemukakan kedua-dua individu tersebut.
Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa, Iptu H Muhtar menyifatkan ia sebagai 'kes unik' dan jarang berlaku memandangkan masalah nikah tanpa izin pasangan itu biasanya ditimbulkan oleh para suami.
"Pasangan suami isteri dilarang terlibat perselingkuhan atau menikah dengan orang lain tanpa izin. Jika hal sedemikian berlaku dan pasangan mereka membuat aduan, hukuman akan dibuat berdasarkan undang-undang zina," jelasnya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#madu
#isteri kahwin lain
#laporan
#suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan