awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz

Agensi
Agensi
09/04/2026
22:35 MYT
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Presiden Trump memberi amaran kepada Iran supaya tidak mengenakan bayaran ke atas kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz, susulan laporan bahawa Tehran didakwa mengenakan caj kepada kapal yang melalui laluan strategik itu. - Gambar Reuters
Donald Trump memberi amaran kepada Iran supaya tidak mengenakan bayaran ke atas kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz, susulan laporan bahawa Tehran didakwa mengenakan caj kepada kapal yang melalui laluan strategik itu.
Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dalam hantaran di platform Truth Social pada Khamis menegaskan, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan perlu dihentikan segera.
“Jika benar mereka mengenakan bayaran, mereka perlu berhenti sekarang,” tegasnya.
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di Asia Barat masih memuncak, dengan Selat Hormuz — yang mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dunia — berdepan gangguan serius susulan konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
Laporan antarabangsa sebelum ini menyebut Iran sedang mempertimbangkan atau telah mengenakan caj terhadap kapal yang melalui selat tersebut, sekali gus mencetuskan bantahan daripada negara Barat yang menegaskan prinsip kebebasan pelayaran antarabangsa.
Langkah itu juga dilihat berpotensi meningkatkan lagi ketidaktentuan pasaran tenaga global, selain memberi tekanan kepada laluan perdagangan minyak utama dunia. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#kapal tangki minyak
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan