awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelabur digesa pelbagaikan portfolio di tengah-tengah ketidaktentuan harga minyak
Polis tahan empat lagi lelaki disyaki khianat, ugut Zamri Vinoth
Pensyarah UniSZA ditemukan meninggal dunia di rumah sewa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Mesir perlu lebih berdaya maju

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2013
02:51 MYT
Ekonomi Mesir perlu lebih berdaya maju
Setiausaha Negara Amerika Syarikat menggesa kerajaan Mesir supaya mengambil langkah sewajarnya untuk menjadikan ekonomi lebih kuat dan berdaya maju bagi menarik lebih banyak kemasukan pelaburan langsung asing.
Beliau menekankan kepentingan mewujudkan suasana keselamatan yang stabil bagi mengembalikan keyakinan golongan perniagaan dan pelabur.
Bercakap dalam satu majlis perjumpaan dengan pemimpin perniagaan di Kaherah, Kerry turut menekankan kepentingan Mesir mencapai rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan dana pinjaman berjumlah USD4.8 bilion.
Antara perubahan ekonomi yang perlu dibuat termasuk menaikkan kutipan cukai dan mengawal subsidi sektor tenaga.
Kerry kini berada di Kaherah dalam rangka lawatan ke sembilan negara Timur Tengah termasuk Eropah.
Beliau turut memberi jaminan Amerika akan menghulurkan bantuan ekonomi antaranya sokongan kepada perniagaan swasta, meningkatkan sektor eksport dan melabur di dalam sektor modal insan menerusi pendidikan.
Ketidaktentuan politik Mesir memusnahkan sektor pelancongan dan mendorong pelabur keluar.
Rizab antarabangsanya turut turun lebih 50 peratus dan kini berbaki kurang dari USD14 bilon.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#John Kerry
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan