awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran lancar 10 peluru berpandu ke Israel dalam tiga gelombang serangan
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea

Bernama
Bernama
01/04/2023
04:31 MYT
Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kapal tangki minyak dan kimia milik syarikat Monjasa yang membawa bersama 16 anak kapal diserang lima individu bersenjata pada Sabtu, ketika berada di 225km ke barat Port Pointe-Noire di Republik Congo. - REUTERS
DOUALA: Sebuah kapal Denmark yang diserang lanun di Teluk Guinea telah ditemukan semula, menurut Tentera Laut Perancis dan pemilik kapal itu pada Jumaat.
Agensi Anadolu melaporkan, kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.
Menurut penyelamat, tiga kru didapati cedera ringan.
"Enam anak kapal telah diculik oleh lanun," menurut kenyataan pihak penyelamat tanpa mendedahkan jumlah sebenar anak kapal yang ditemukan.
Kapal tangki minyak dan kimia yang membawa bersama 16 anak kapal itu diserang lima individu bersenjata pada Sabtu ketika berada di 225 kilometer (140 batu) ke barat Port Pointe-Noire di Republik Congo, kata pemilik kapal berkenaan.
Syarikat Monjasa berkata pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kapal itu akan kembali ke destinasi asal dengan selamat.
Teluk Guinea, laluan maritim antara Senegal dan Angola sudah sekian lama menjadi lokasi kegiatan lanun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal diserang lanun
#Teluk Guinea
#Tentera Laut Perancis
#Port Pointe-Noire
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan